Tuesday, 10 May 2011

MINUMAN KESIHATAN HPA


Kordial Asiatica diperbuat daripada Pegaga segar terpilih yang bermutu tinggi. 
Amat baik sebagai minuman kesihatan seharian dalam bentuk sejuk dan panas. 
Jadikan ia sebagai minuman alternatif penghilang dahaga kepada lain-lain 
minuman seharian. Ia juga bertindak sebagai penawar kepada masalah berikut:-
1. Batuk
2. Buasir
3. Demam
4. Kelesuan
5. Batu Karang
Komposisi (1 Liter per botol) :
Jus Centella Asiatica, Dextrox, Sukros, Penstabil, Pewarna dan pengawet 
yang dibenarkan.
Dos :
Goncang sebelum digunakan. Campurkan satu bahagian pati dengan 3 
bahagian air mengikut rasa.
Batuk - 1 sudu besar tanpa air
Buasir - 2 sudu besar tanpa air
Demam - Minum suam untuk kestabilan suhu badan dan pengeluaran peluh
Batu Karang - Sinergikan dengan Madu Asli sebagai pelancar air kencing.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 15
Nilai Mata (NM): 4


Kordial Roselle (Vitamin C)


Nama saintifiknya ialah Hibiscus Sabdariffa, yang merupakan tumbuhan 
yang amat tinggi kandungan Vitamin C iaitu melebihi daripada 
keluarga limau. Kelebihan pengambilan kordial Roselle ini ialah:
1. Anti Penuaan
2. Pencegah penyakit kardiovaskular
3. Pencegah kanser
4. Demam panas/selesema
5. Rawatan resdung (alahan) dan Asma
6. Stress atau sukar tidur (Insomnia)


Komposisi (1 Liter per botol) :

Jus Roselle, sirap dan bahan pengawet yang dibenarkan.

Dos :
Goncang sebelum digunakan. Campurkan 1 bahagian pati 
dengan 4 bahagian air mengikut rasa.


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 15
Nilai Mata (NM): 4

Kordial Kurma Madu

Kandungan Utama:
Kurma
Madu Lebah
Kepentingan Jus Kurma:


 menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong melegakan batuk.
mengelak masalah usus kronik Memelihara kesihatan, mengelak rabun malam
membantu proses kelahiran, memperkukuhkan urat-urat rahim, mengurangkan tumpahan darah.
Mengatasi sembelit, namun tidak sesuai untuk penghidap diabetes
Penawar untuk masalah insomnia.
memudahkan proses kelahiran
kurma berkesan mengubati gangguan usus yang kronik.Mengandungi protein
 dan garam galian yang membantu menghalang penghasilan sel darah putih berlebihan di usus kecil.
“Menguatkan ingatan, bantu tumbesaran dan 
menambahkan tenaga"



Boleh diminum pada bila-bila masa dan sesuai untuk seisi keluarga.
“Menguatkan ingatan, bantu tumbesaran dan menambahkan tenaga”
Kuantiti : 1 Liter
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 12
Sabah & Sarawak: RM 15
Nilai Mata (NM): 4

Air Mineral HPA



Air Mineral HPA merupakan air yang terpancar dari mata air 
di Kampung Sungai Gau, Pahang. Ia dikatakan mempunyai kandungan 
mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang 
dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. Air penawar semulajadi ini dapat membantu:

Meningkatkan penyerapan nutrien dan mineral oleh tubuh

Meningkatkan stamina tubuh
  1. Meningkatkan kecekapan tubuh mengangkut oksigen
  2. Membina dan menguatkan tulang dan gigi
  3. Meningkatkan hemoglobin dalam sel darah merah
  4. Membersih serta melancarkan sistem penghadaman
  5. Membersihkan kandungan darah di dalam tubuh
  6. Mempunyai kadar garam galian yang tinggi (TDS:294ml/l) dan pH 7.9
Antara mineral penting yang terdapat di dalam Air Mineral HPA ini ialah:
Kalsium
Kalsium (Ca) digunakan dalam pembentukan tulang dan gigi. 
Ia sangat penting dalam penghantaran impuls saraf, pembekuan 
darah dan pengecutan otot. Ca turut meningkatkan pH di dalam 
tubuh menjadikan tubuh lebih beralkali yang seterusnya menggalakkan 
system imuniti tubuh bertindak terhadap virus dan bacteria. Medium 
alkali tidak sesuai untuk pertumbuhan virus dan bacteria.
Magnesium
Tugas memerlukan Magnesium (Mg) larut air bersama dengan 
kehadiran Ca. Ca tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kehadiran Mg. 
Pengambilan Ca bersama dengan jumlah Mg yang sesuai membantu 
menurunkan badan serta menjadikan anda kelihatan muda dan bertenaga.
“Kandungan mineralnya antara yang terbaik selepas air zam-zam”
1. Isipadu : 600ml


Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 1.40
Sabah & Sarawak: -
Harga Pengedar HPA

Semenanjung Malaysia: RM 1.10
Sabah & Sarawak: -
Nilai Mata (NM): 0.25
2. Isipadu: 1500ml
Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: -
Harga Pengedar HPA

Semenanjung Malaysia: RM 2.20
Sabah & Sarawak: -
Nilai Mata (NM): 0.5

Radix Cola



Radix Cola adalah minuman ringan yang dapat memberikan kesegaran 
dan keseronokan untuk dinikmati. Sesuai untuk dihidangkan dalam 
pelbagai majlis dan suasana. Sinergi khas herba dalam minuman 
ini menjadikannya istimewa dan berbeza dengan pesaingnya dan rasa cola yang sebenar.


Kehadiran minuman ringan ini diharap dapat memberikan alternatif 
kepada para penggemar minuman berkarbonat untuk memilih kehidupan 
yang lebih sihat dan pilihan anda adalah pilihan dunia.
Radix Cola yang memberi tenaga, berkhasiat dan yang penting halal lagi baik. 
Radix Cola muncul dengan TEKANAN GAS sederhana serta kandungan gula yang 
jauh lebih rendah daripada minuman berkarbonat yang ada di pasaran dan sesuai 
untuk semua lapisan umur.

Fakta Nutrisi Radix Cola:
RADIX COLA 1500ml :
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.50
Sabah & Sarawak: RM 3.80
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 3.30
Sabah & Sarawak: RM 3.50
Nilai Mata (NM): 1
RADIX COLA 500ml :
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: RM
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.20
Sabah & Sarawak: RM
Nilai Mata (NM): 0.3
1. Botol 1.5 liter
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.50
Sabah & Sarawak: RM 3.80
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 3.30
Sabah & Sarawak: RM 3.50
Nilai Mata (NM): 1

   2. Botol 500ml
   Harga Pengguna


Semenanjung Malaysia: RM 2.50

Sabah & Sarawak: RM 3.00


    Harga Pengedar HPA
                                                          Semenanjung Malaysia: RM 2.20
                                                              Sabah & Sarawak: RM 2.50
                                                                    Nilai Mata (NM): 0.3


                                        



Monday, 9 May 2011

Produk HPA.....

 Minyak But-but

Minyak But-But mengandungi ramuan lebih
dari 100 jenis herba, termasuklah jenis
tumbuhan yang kebiasaannya digunakan
 oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.
Kelebihan Minyak But-But adalah seperti berikut:-
Untuk Patah Tulang.
Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian
 yang patah dan terus balutnya dengan kain.
Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.
Untuk Buasir.
Sapukan Minyak But-But pada bahagian
dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama
 Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.
Untuk Darah Tinggi dan Lumpuh atau Stroke.
Panaskan minyak sedikit dan sapukan pada bahagian
 leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.
Untuk Urut.
Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis
yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.
Sengatan Serangga.
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.
Luka Kecil-Kecil.
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.
Terkena Air Panas dan Luka Terbakar.
Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.
Cirit-Birit.
Minum satu sudu kecil bersama air suam.
Kembung Perut.
Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali
di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun
sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.
Asma.
Kanak-Kanak kecil, minum satu sudu kecil pada waktu malam dan
sapukan pada bahagian dada dan selimutkan kanak-kanak tersebut.
Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam.
Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan
bersama Madu Asli.
Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam.
Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.
Lemah Tenaga Batin.
Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari.
Wanita Menopouse.
Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.
Komposisi (75 ml per botol) :
1. Kaempferia Galanga
2. Melaleuca Lecodendron
3. Cocos Nucifera Oil
4. Tinospora Crispa
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10.50
Sabah & Sarawak: RM 12.50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8.50
Sabah & Sarawak: RM 10
Nilai Mata (NM): 4
========================================================
Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Minyak Zaitun Tulisan Tn Haji Ismail,
 Pengarah Urusan HPA

Minyak But-But dan diare

Minyak But-But (MBB) juga sangat mujarab untuk diare(cirit)mencret-ind.
Campurkan satu sudu makan minyak but-but kedalam secawan air
suam/hangat-ind dan minum .Ulangi sekali lagi dalam tempoh setengah
 jam dan jika tidak sembuh juga ulangi sekali lagi.InsyaAllah.
Bagaimana ini boleh terjadi?kerana minyak but-but mengandungi
arang(charcoal) yang dapat meneutralkan keracunan dalam perut.
Biasanya minyak untuk urutan tidak boleh dibuat minum kerana
terdapat bahan kimia seperti pewarna dan minyak hasil petrolium.
Ini berbeza dengan mbb kerana mbb terbuat dari minyak tumbuh-tumbuhan
dan tidak mengandungi sebarang pewarna kimia.Ianya selamat untuk di minum.
InsyaAllah.


Minyak Herba

Minyak ini mengandungi ramuan herba terpilih dari hutan
tropika dan telah terbukti amat mujarab yang telah
digunakan sejak turun-temurun. Minyak Herba
yang mengandungi herba Tinospora Crispa (Patawali) ini
amat baik digunakan sebagai penawar racun dan disyorkan
sebagai persediaan di rumah bagi mengahadapi kemungkinan
yang tidak diduga.
Kegunaan :
Terkena minyak panas, air panas dan cuka getah 
yang pekat.Sapu keseluruhan kawasan yang terkena itu
dan InsyaAllah tidak melecur dan hilang kesakitan.
Termakan makanan beracun.
Campur 1 sudu minyak ini dengan secawan air suam dan minum.
Terkena gigitan atau sengatan binatang berbisa.Minum
seperti no. 2, kemudian ambil kapas dan basahkan dengan
minyak ini dan tekap pada tempat yang terkena gigitan
atau sengatan itu. Ganti dengan yang baru setiap 2 minit.
Ulang 7 kali.
Gastrik.Minum 1 sudu besar bersama air panas serta disinergikan bersama
Herba Tuju Angin.
Kudis, Panau, Kurap dan Gatal-Gatal.Sapukan pada bahagian yang berkenaan
Komposisi (50 ml per botol) :1. Cymbopogon Nardus
2. Myristica Fragrans
3. Euginia Aromatica
4. Tinospora Crispa
5. Melaleucia Leucodendron
6. Aluerites Molucanna
7. Kaempferia Galnga
8. Litsea Kunstleri
9. Cocos Nucifera Oil
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10.50
Sabah & Sarawak: RM 12.50
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8.50
Sabah & Sarawak: RM 10
Nilai Mata (NM): 4

Minyak Pati Sepang

Minyak Pati Sepang ini menggunakan ramuan Kayu Sepang 
tanpa sebarang adunan bahan kimia moden. Ia dirumus 
khas untuk perawatan kulit muka terutamanya bagi menghilangkan 
tompok hitam, menghaluskan kulit dan membuang kotoran di muka.
Antara keistimewaan Minyak Pati Sepang ialah:-
1. Menanggalkan dan membuang sel-sel kulit yang telah mati 
pada lapisan kulit agar tidak terkumpul.
2. Mengelakkan terjadinya jerawat akibat daripada penebalan 
kulit dan penyumbatan liang-liang kulit.
3. Membersihkan kulit secara mendalam hingga ke liang kulit.
4. Sinergikan bersama Bedak Awana atau Tompok Hitam atau 
Jasmin sebagai butiran kasar yang dicampur untuk tujuan scrub.
5. Menghaluskan permukaan kulit.
6. Merangsang pertumbuhan sel-sel yang baru dan masih segar.
Komposisi (75 ml per botol) :
Kayu Sepang
Dos :
Campurkan Minyak Pati Sepang dengan Bedak Awana menjadi ‘Cleanser’, 

oleskan ke bahagian muka dan biarkan selama 2 jam. Bersihkan dengan 
menggunakan kapas kecantikan atau sabun khusus untuk wajah. 
Lakukan setiap malam menjelang tidur, dalam seminggu, InsyaAllah wajah 
anda menjadi putih, bersih, kencang dan berseri. Untuk memperolehi hasil 
yang lebih cepat, ambil Paramaria Plus, pagi 2 kapsul malam 2 kapsul.

Harga Pengguna
Semenanjung : RM10.50
Sabah/Sarawak : RM12.50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8.00
Sabah & Sarawak: RM 10
Nilai Mata (NM): 4

========================================================
Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Minyak Pati Sepang Tulisan Tn Haji Ismail, 
Pengarah Urusan HPA

Menghilangkan tompok hitam.

Tompok hitam dimuka (freckles/jeragat) boleh dihilangkan menggunakan 
kombinasi bedak tompok hitam dan minyak sepang.Sapukan adunan itu 2 atau 
3 kali sehari terutama waktu pagi atau malam.InsyaAllah dalam tempoh 
seminggu tompok hitam akan hilang.Disamping itu jangan lupa 
pengambilan omega 3 (kapsul/soft gel).

Tonik Pandan (Minyak Rambut)

Satu kajian menunjukkan bahawa dalam masa 100 tahun lagi semua lelaki dan perempuan akan menghadapi masalah keguguran rambut yang kritikal. Menurut seorang pakar rambut Professor Lubowe mengatakan bahawa punca kebotakan adalah seperti berikut:-
1. Air dan makanan yang semakin kotor dan mengandungi bahan kimia berbahaya.
2. Pencemaran udara yang semakin kritikal.
3. Tabiat suka menggunakan pewarna rambut, kerinting, meluruskan, penggunaan gel dan bahan kimia yang lain.
Kulit kepala di bahagian kulit kepala terdapat banyak pembuluh darah. Aliran darah yang terdapat pada lapisan kulit kepala berfungsi untuk membekalkan nutrien kepada akar rambut supaya menjadi lebih subur bagi pertumbuhan rambut. Tonik Pandan Rambut mengandungi pelbagai bahan yang diperlukan oleh akar rambut, kulit kepala dan rambut.


 Produk ini juga dapat mencegah berlakunya lkelemumur, 
rambut bercabang dan pertumbuhan mikroflora.
Komposisi (75 ml per botol) :
Minyak Zaitun dan Herba Pilihan
Dos :
Gunakan setiap hari. Waktu yang paling sesuai ialah pada 

waktu sebelum tidur dan waktu pagi. Urut dan picit pada 
kepala supaya menyerap ke akar rambut.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15.50
Sabah & Sarawak: RM 18

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 10.50
Sabah & Sarawak: RM 13
Nilai Mata (NM): 4



Tea Tree Oil Cream

Krim Rambut Serbaguna ini adalah produk yang dihasilkan dari minyak pokok Tea Tree (Melaleuca alternifolia). Pokok ini terdapat banyak di Australia dan telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu sebagai agen anti-biotik tradisional. Walaubagaimanapun, keberkesanannya hanya dapat dibuktikan pada tahun 90an dan seterusnya menjadi masyhur hingga kini.
Berbeza dengan antibiotik konvensional, ia bersifat alami dan selamat. Membunuh dan mencegah percambahan mikrob sambil melindungi kulit dengan lembut. Bertindak merawat dan merapikan rambut. Sesuai untuk seisi keluarga.
Kelebihan:1. Luka-luka kecil
2. Menghilangkan jeragat
3. Jangkitan fungi
4. Kulat air
5. Bisul
6. Kaki berbau
7. Herpes
8. Gigitan serangga
9. Ruam
10. Kudis buta
11. Ketuat atau kutil
12. Gatal-gatal





Berat bersih: 120 gram

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 11
Nilai Mata (NM):3


Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil)

PENGENALAN
Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun 
merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil 
dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin 
sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 
tahun yang lalu.
Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, 
dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, 
Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar 
menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan 
badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai 
minyak rambut.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan 
squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.
KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang 
  • dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan masajterapi
Penggunaan:
  • Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
  • Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.
Isipadu: 700ml

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 36
Sabah & Sarawak: RM 40
Nilai Mata (NM): 10

EQ Minda

PENGENALAN
EQ MINDA merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent.
Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapata melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.
TAKRIF EQ (EI)
Para sarjana telah membuat definisi EQ sebagai:
“Emotional intelligence is a set of acquired skills and competencies 
that predict positive outcomes at home with one’s family, in school 
and at work. People who possess these are healthier, less depressed, 
more productive at work and have better relationships.”
Perbezaan di antara EQ dan IQ adalah IQ mudah diukur dan stabil setiap 
waktu, manakala EQ sukar diukur dan tidak stabil sepanjang masa. Hanya 
sistem pendidikan yang sempurna dan bersifat Rabbani yang mampu melahirkan 
bukan hanya generasi minda kelas pertama tetapi ilmuan cemerlang lagi muttaqin.
RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA
  1. Madu Lebah (Honey)
  2. Badam (Almond)
  3. Habbatus Sauda’ (Black Seed)
  4. kacang Adas (Lentil)
  5. Kurma (Dates)
  6. Tin (Figs)
  7. Kismis (Raisins)
  8. Zaa’rafan (Saffron)
  9. Halia (Ginger)
PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI EQ MINDA HPA
1. MADU LEBAH (HONEY)
Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. 
Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan 
sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan 
oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu 
perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang 
diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa 
melaksanakan proses pembelajaran.
2. BADAM (ALMOND)
Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, 
protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu 
untuk kemaslahatan manusia.
Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat 
berikut:
35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi 
antioxidant (vitamin E)
20% DV bagi magnesium
15% DV bagi phosphorus
13% DV bagi riboflavin
8% DV bagi kalsium
6% DV bagi iron dan zink
4% DV bagi asid folik dan niasin
3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)
Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan 
pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya 
sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas 
sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan 
imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, 
tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.
4. KACANG ADAS (LENTIL)
Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami 
tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; 
maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya 
dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh 
di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang 
putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” 
Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang 
kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu 
ke Bandar kerana di sanakamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” 
(Surah Al-Baqarah: 61).
Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.
5. KURMA (DATES)
Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab 
dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai 
khasiat pemakanan yang diperlukan.
6. TIN (FIGS)
Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping 
buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber 
flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan 
antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah 
penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan 
penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.
7. KISMIS (RAISINS)
Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ 
perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama 
bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar 
tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, 
memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan 
melawan bakteria mulut.
8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)
Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok 
saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap 
dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, 
konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah 
antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan 
antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat 
Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.
9. HALIA (GINGER)
Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para 
penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai 
nila perubatan yang tinggi.
Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi 
antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta 
dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol 
dan merawat penyakit hati.


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM50 (180ml)

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM45
Nilai Mata: (10NM)


Minuman Talbinah HPA



MINUMAN TALBINAH
Pengenalan
Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer 
(Hordeum Valgare)bersama kulitnya, ia dicampur dengan susu dan 
madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis. Minuman ini dinamakan 
Talbinah kerana warnanya seperti warna susu. Ia digunakan sebagai 
pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai 
penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui kaedah moden.
Kandungan Nutrisi Talbinah
Talbinah mengandungi bahan-bahan seperti : B Glucane yang
 berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah, Vitamin E 
yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesis kolesterol, 
mengandungi Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah,
 mengandungi Melatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol, 
menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan
 ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser 
dan mengubati kemurungan.
Ia juga mengandungi Lysine yang berfungsi membangun kesihatan 
tubuh, Mineral-mineral yang berfungsi membangunkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran 
hormon dari kelenjar-kelenjar. Selain itu ia juga mengandungi serat (fiber), 
vitamin-vitamin A,C ,D,E dan B Complex serta bahan-bahan lain yang 
diperlukan oleh tubuh badan manusia.
Khasiat Talbinah
Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik 
untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya, maka Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai 
jenis penyakit, samada berkaitan dengan fizikal mahupun kejiwaan, 
diantaranya ialah :
1) Menenangkan Hati Pesakit
Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya yang lembut dan
 mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenangkan hati pesakit. 
Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru 
sembuh dari penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam 
keadaan diantara sakit dan sembuh (an naqahah). Dalam satu 
riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud : Aisyah RA telah 
berkata “Adalah Nabi Saw apabila diberitahu kepadanya bahawa 
seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda 
Rasulullah SAW“Hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah 
minum Talbinah itu kepadanya (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad )
Di dalam satu hadis riwayat Tarmizi katanya : Adalah nabi SAW apabila 
ahli rumahnya ditimpa sakit, baginda SAW memerintah supaya dibawa 
minuman dari Syaeer lalu dibuat untuk mereka (riwayat Tarmizi dan 
beliau berkata hadis ini adalah Hasan lagi Soheh).
2) Membantu Menghilangkan Kesedihan dan Kemurungan ( Depression )
Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan 
penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah. 
Diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian 
dikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah 
lalu dimasak, kemudian disediakan roti dari Syaeer (tharid) 
lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia berkata 
kepada perempuan-perempuan yang hadir : makanlah roti ini 
kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya: “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat 
meringankan kesedihan” (riwayat Bukhari dan Muslim).
Dan Nabi SAW bersabda tentang Talbinah ini, maksudnya :
“Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa 
kesedihan dan membersihkan hati pesakit, sebagaimana seorang kamu 
membersihkan kotoran dari mukanya”.
Diantara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) 
yang terdapat didalam Talbinah adalah seperti Asid Amino, Minerals, 
Vitamin B dan Anti Oksidan.
3) Merawat Penyakit Pada Sistem Penghadaman
Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya 
untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan. Rasulullah saw 
bersabda yang bermaksud :
“Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi 
berfaedah iaitu Talbinah, Demi nyawaku yang berada didalam 
kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti menyucikan 
perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya” 
(riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al Zahabi )
Rasulullah telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan 
suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka 
memakannya kerana rasanya yang tidak sedap. Talbinah dapat 
membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti
 penyakit sembelit yang lama, mengawal dari kanser usus, 
mengawal dari penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang 
menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada
 menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan 
oleh tubuh) dan merawat kegemukan serta merawat penyakit-penyakit 
merbahaya yang lahir dari kegemukan.
4) Membantu Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah
Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh 
yang dinamakan protein-protein lemak (Lipoproteins). Peranan 
kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam 
saluran darah ke semua destinasi tubuh, kerana lemak tidak boleh 
beredar dalam saluran darah dengan sendiri. Kebiasaannya sistem 
pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak 
dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk 
mengerakkannya, maka kolesterol akan bertambah.
Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL yang dikenali 
dengan kolesterol jahat kerana serpihannya senang melekat pada 
dinding saluran darah dan HDL yang dikenali sebagai kolesterol 
baik dimana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan 
LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya 
balik ke hati lalu dikitar semula. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan 
bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolesterol 
jahat didalam darah manusia.
5) Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Darah Tinggi
Penyakit darah tinggi ialah keadaan dimana tekanan darah berlaku 
ke atas dinding saluran-saluran darah. Talbinah dapat mengatasi 
penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi 
seimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi 
melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada 
lebihan bahan cecair.
6) Talbinah Dapat Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah
Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang 
tidak boleh larut (Soluble Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh 
tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah.
7) Mengawal Dari Penyakit Kanser Dan Melambatkan Penuaan (Awet Muda)
Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, 
maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian didalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit
 kanser. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti 
Waskingson di Amerika membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi 
penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya 
dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser daripada merebak.
8) Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Kesukaran Tidur (Insomnia)
Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur. 
Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, 
maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat 
seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.
9) Talbinah Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh
Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah 
pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam 
tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh di cerna pada dinding 
sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah Oksigen 
biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak 
secara tidak menentu untuk mengejar pasangannya yang menyebabkan 
berlaku pertembungan.
Bahan anti-oksidan yang terdapat dalam Talbinah akan mengaktifkan 
sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi 
menentang kuman-kuman yang merosakkan nya. Zarah oksigen yang 
berasingan tersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah ia 
boleh menyempitkan saluran darah dan jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan 
pada kulit dan jika ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkan 
daya ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan 
tersebut. Kandungan vitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah 
dapat mengatasi masalah tersebut daripada berlaku.
Cara Penyediaan Talbinah
Masukkan satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang 
telah mendidih ( 250 ml ), kemudian dikacau sehingga larut. Biarkan 
seketika supaya ia suam sebelum ianya diminum.
Talbinah segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti 
sup ayam/daging dan juga pelbagai masakan lain untuk menambahkan 
lagi khasiat pemakanan anda seharian.
Untuk mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar 
pengambilannya adalah sebanyak dua kali sehari, sewaktu perut 
anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan makan malam.
 Ia sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga samada dewasa 
mahupun kanak-kanak.
Minuman Talbinah Edaran HPA
Talbinah HPA (Fibroglucosamine) dirumus dengan formula Dr. Jamnul 
Azhar Mulkan mengandungi bahan-bahan seperti Gandum, Beras, 
Ekstrak Malt, Barli, Vitamin E, Madu, Kurma, Krimer Bukan Tenusu, 
Susu Tepung Skim Dan Gula.
FAKTA-FAKTA NUTRISI
SAIZ HIDANGAN: 25GM
AMAUN SATU HIDANGAN:
TENAGA – 97kcal/kcal
JUMLAH LEMAK – 0.5GM
KARBOHIDRAT – 21.8GM
JUMLAH GULA – 0.7GM
PROTEIN – 1.4GM
AMAUN SETIAP 100GM
TENAGA – 389kcal/kcal
JUMLAH LEMAK – 1.9GM
KARBOHIDRAT – 87.3GM
JUMLAH GULA – 2.7GM
PROTEIN – 5.7GM
Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia: RM 35
Sabah & Sarawak: RM 38
Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 33
Nilai Mata (NM): 6



Madu Asli

Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.
Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.
Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan 
para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW 
menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi 
dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh 
pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian 
akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh 
kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia 
memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat 
menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.
Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan 
mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. 
Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti 
jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan 
cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.
Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan 
kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. 
Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang 
menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan 
mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari 
dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada 
tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.
Komposisi (375 gram per botol) :
Madu Asli diambil dari Timur Tengah
Dos :Sinergikan dengan:-
1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan 
batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.
2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.
3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk 
mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).
4) Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.
5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki 
kesihatan wanita.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 27
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 19
Sabah & Sarawak: RM 23
Nilai Mata (NM): 5



Hpa

Hpa

CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA

1) Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP). 2) Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. 3) Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 4) Menggunakan 100% herba. 4) Tidak mengandungi sebarang bahan kimia. 6) Tidak mengandungi Steroid. 7) Melepasi ujian had kandungan logam berat. 8 ) Melepasi ujian had Mikrob. 9) Melepasi ujian had kecairan. 10) Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci. 11) Gunakan tanpa was-was.