Tuesday, 5 April 2011

Minyak penawar



spiritual oil

“Dan Kami turunkan daripada Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman”
 -Surah Al-Isra’   ayat 82-


Dibacakan 3 x 30 juzuk Al-Quran
zikir munajat, solat hajat
& doa-doa khusus




Minyak Penawar Munajat.

Berpandukan Al-Quran, Hadis dan Doa. Minyak Zaitun ini telah diproses melalui kaedah perubatan Islam iaitu didedahkan pada bacaan 30 juzuk Al-Quran dengan niat menghindari, merawat, penyembuhan pelbagai penyakit zahir & batin,  kesejahteraan, keharmonian rumahtangga & keluarga serta membina kekuatan minda  (sebanyak 3 kali khatam Al-Quran). Zikir Munajat memohon kesejahteraan kepada Allah swt. (daripada kitab-kitab ulama’yang muktabar berasaskan kesembuhan cara thibb An-Nabawi iaitu rawatan yang diajarkan oleh Nabi saw),  serta melalui proses solat Hajat dan doa khusus oleh Ustaz dan beberapa orang Al-Hafiz .


Sesuai bagi kanak-kanak, Pelajar Sekolah, Mahasiswa serta Orang Dewasa:

  • Ikhtiar untuk mudah belajar, penerang hati & hafalan
  • Ikhtiar menangani “STRESS” (Tekanan), serta ketenangan & ketenteraman jiwa.
  • Ikhtiar bagi menghindari & menjauhi dari gangguan Makhluk Halus. (Jin, Syaitan dan Iblis)
  • Ikhtiar untuk menghindari & menjauhi dari hasad dengki, sihir, santau serta gangguan ilmu hitam.
  • Ikhtiar melembutkan hati anak-anak yang bermasalah
  • Ikhtiar memudahkan wanita untuk bersalin.
  • Ikhtiar untuk kebahagiaan Suami Isteri & Keluarga.
  • Ikhtiar dan Doa untuk menyembuhkan penyakit Rohani & Jasmani.




ADAB RAWATAN
  • Yakin akan kebesaran Allah swt.
  • Membaca Al-Fatihah
  • Membaca Ayat Kursi  (3 kali)
  • Berselawat keatas Nabi  (3 kali)
  • Niat dihati untuk hajat yang dipohon kepada Allah swt.
  • Elakkan dari dilangkah


KAEDAH RAWATAN
  • Boleh dititiskan pada minuman sebelum minum.

  • Disapu pada nadi pergelangan kedua-dua tangan,  nadi kedua-dua lengan dan kening.
  • Boleh dititiskan pada air untuk direnjiskan ke dinding rumah bagi menjauhi gangguan Jin atau makhluk halus.
  • Letakkan sedikit air dalam pinggan dan dititiskan beberapa titis Minyak Munajat. Letakkan kedua-dua tapak tangan pada air dalam pnggan dan disapu pada muka, tangan, dada atau seluruh badan sebagai seri wajah 
  • atau sebagai pendinding.


KESAH DAN KEBAIKAN MINYAK ZAITUN

Hadis Nabi mengenai Pohon Zaitun

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“     Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)     ”

Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:
“     ...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, 
walaupun tidak disentuh api...

ZAITUN - Pengenalan
Zaitun adalah merupakan sejenis species daripada tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir.


Daun dan batang zaitun

Daun zaitun bermanfaat sebagai penggalak sistem imun manusia. Masyarakat Timur Tengah telah mengamalkan meminum teh daun zaitun sejak berabad yang lalu untuk merawat batuk, sakit tekak, demam, dan gout.

Ibnu Qayyim juga menjelaskan bahawa daun zaitun boleh merawat luka dan gatal-gatal.

Pendek kata, daun zaitun bersifat antibiotik. Oleh yang demikian, pengambilan daun zaitun mestilah mengikut dos tertentu.

Batang zaitun pula boleh dibuat perabot. Malah ada juga tasbih yang diperbuat daripada kayu zaitun. Tasbih daripada kayu zaitun ini kelihatan agak berminyak dan agak harum.

Sesungguhnya setiap ciptaan Allah di alam ini ada manfaat bagi manusia.

Bagi anda yang gemar makan piza, pilihlah yang ditabur dengan zaitun. Ingat! Zaitun amat berkhasiat. Untuk mendapat rambut yang sihat dan lebat pula, gunalah minyak zaitun untuk mendandan rambut dan urut di kepala.

Menurut riwayat, setelah bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh, pokok zaitun merupakan objek pertama yang kelihatan.

DARI SUDUT KAJIAN SAINS

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar.


Minyak zaitun amat jernih dan berkilau, lagi mahal harganya. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko koronori jantung.

Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan. Ia boleh menguatkan akar dan melembutkan kulit.

Kajian saintifik pula mendapati amalan memakan minyak zaitun amat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana ia kaya dengan Vitamin E.


MAKLUMBALAS DARI PENGUNA
1 Dengan berdoa kepada Allah swt. , ikhtiar dan usaha menggunakan minyak penawar munajat ini, seorang isteri akhirnya telah melihat perubahan yang ketara kepada suaminya yang  selama ini agak tidak bertanggung jawab, suka marah dan mengabaikan rumah tangga. Isteri tadi sentiasa berdoa dan menitiskan minyak penawar munajat ini kedalam makanan seperti kari, sup dan sayur-sayuran. Selain itu isteri tadi juga sering menitiskan sedikit pada air minuman seperti air teh, milo yang dibancuh pada jug atau teko untuk minuman keluarga.

2 Seorang ibu telah diberitahu oleh anak perempuannya yang tinggal di asrama bahawa dia sekarang tidak lagi mengalami hysteria kerana selalu menggunakan minyak penawar munajat pada minuman, disapu pada nadi pergelangan tangan dan disapu sedikit pada bahagian dada.

3 Seorang ibu muda mendapati anaknya yang berusia 2 tahun yang suka menangis apabila terjaga dari tidur pada tengah malam dan pernah menghantar ke klinik kesihatan tetapi doktor mengesahkan tidak ada apa-apa penyakit. Seorang ustaz mengesyorkan supaya ikhtiar dan berdoa kepada Allah swt. dengan menyapukan minyak penawar munajat di dada, nadi pergelangan tangan serta kening bayi tersebut apabila tidur malam. Dengan izin Allah swt. Bayi yang berumur 2 tahun tersebut dapat tidur nyenyak sehingga pagi dan tidak lagi menangis walaupun terjaga tengah malam.

4 Seorang peniaga warung / restoran makanan telah berikhtiar sambil berdoa kepada Allah swt. dan menggunakan minyak penawar munajat dengan menyembur atau merenjis minyak penawar munajat ini yang telah dicampur dengan air ke dinding, bahagian hadapan dan ke atas meja-meja serta bangku dalam warung / restoran miliknya. Akhirnya beliau mendapati perniagaannya yang semakin susut telah mula menampakkan kemajuan dan ramai dikunjungi pelanggan





No comments:

Post a Comment

Hpa

Hpa

CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA

1) Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP). 2) Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. 3) Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 4) Menggunakan 100% herba. 4) Tidak mengandungi sebarang bahan kimia. 6) Tidak mengandungi Steroid. 7) Melepasi ujian had kandungan logam berat. 8 ) Melepasi ujian had Mikrob. 9) Melepasi ujian had kecairan. 10) Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci. 11) Gunakan tanpa was-was.